Wednesday 9 November 2011

Ringkasan Uniten 10's 2010


Pada 23 Januari 2010, bertempat di Stadium UNITEN Putrajaya telah berlangsung Kejohanan Ragbi UNITEN 10’s. Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Ragbi UNITEN (THUNDERS) sendiri dimana melibatkan Institut Pengajian Tinggi dari 16 Institut termasuk UNITEN Putrajaya iaitu; Universiti Tenaga Nasional Putrajaya dan Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Limkokwing University Of Creative Technology, Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC), Kolej Poly-Tech Mara, Bangi, Kolej Legenda, Malaysian Institute Aviation Technology (MIAT), Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kolej Mara Banting, British Malaysian Institute – Universiti Kuala Lumpur (BMI), Malaysian France Institute (MFI), Institute Pendidikan Guru Malaysia Ilmu Khas (IPIK), Alumni UNITEN. Kejohanan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan pegawai, pelajar-pelajar dengan pelajar-pelajar dari institut yang terlibat.

Kelab Shutters (Kelab yang berkaitan dengan fotografi di UNITEN Putrajaya) juga ada membuka booth dan mendapat sambutan hangat dalam jualan mereka. Pemain membeli gambar aksi-aksi menarik semasa berlawan di padang.

Perlawanan merebut Kategori Cup antara Pasukan UNITEN A dan Pasukan dari KLIUC sungguh sengit dan akhirnya UNITEN A kalah pada tendangan penalti yang pertama. Pasukan Alumni UNITEN pula adalah pasukan jemputan pada kejohanan ini. Kelihatan mereka benar-benar menikmati saat-saat di padang. Keseronokan menonton mereka berlawan berakhir apabila mereka hanya berjaya sehingga ke Semi-Final Bowl sahaja. Pasukan Ragbi dari Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang telah mendapat ranking yang pertama dalam perlawanan hari pertama (Sabtu) atas usaha mereka dan kepantasan mereka yang tiada tandingan. Tetapi mereka hanya bermain sehingga ke Semi-Final Cup sahaja.

Pihak VIP dari Universiti Tenaga Nasional ialah Dr. Mohamed Nasser bin Mohamed Noor (Timbalan Naib Canselor HEP, Alumni & Pengurusan), Tn. Haji Ariffin b. Mohamed Yusof (Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar) dan En. Ruzli Zairazi (Pengurus Unit Sukan & Kebudayaan) telah menghadirkan diri menonton kejohanan ini.


Perlawanan pada hari pertama bermula pada pukul 9 pagi dan berhenti rehat pada pukul 12:45 tengahari. Tamat pada pukul 5 petang. Perlawanan hari kedua pula bermula pada pukul 9 pagi dan berhenti rehat pada pukul 12:30 tengahari. Tamat pada pukul 5 petang.


Gambar Tn. Haji Ariffin b. Mohamed Yusof membuka upacara Kejohanan Ragbi UNITEN 10’s iaitu dengan menendang bola ragbi ke udara.



Saat Tn. Haji Ariffin b. Mohamed Yusof bersalam dengan pemain-pemain Kejohanan Ragbi UNITEN 10’s.


Juara Piala Cup Kejohanan Ragbi UNITEN 10’s 2010 jatuh kepada pasukan ragbi dari Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC)



Antara aksi-aksi menarik kejohanan:


 










No comments:

Post a Comment