Thursday 24 November 2011

BORANG DATA-DATA ATLET DAN KEPENGAWAIAN MASISWA

Sukacita dimaklumkan bahawa, Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) sedang membuat pengumpulan data atlet IPTS bagi tujuan rekod dan kaedah yang sistematik di masa akan datang. Kaedah ini juga dapat membantu MASISWA bagi mengentengahkan Atlet yang berkualiti ke peringkat yang lebih tinggi selaras dengan hasrat KPT. Pengumpulan data atlet ini antara lainnya adalah bertujuan untuk memberi satu peluang kepada atlet IPTS untuk bertanding di kejohanan yang lebih besar. Selain itu juga, Pihak MASISWA hendak menilai tahap kepengawaian yang ada pada pegawai, jurulatih, pengurus dan jawatankuasa di IPTS bagi membolehkan Pihak Jawatankuasa Pembangunan dapat meracang Program Kursus Sukan di IPTS. Sebagai langkah awal, bersama ini saya lampirkan Borang Data Atlet, Borang Kepengawaian dan juga Borang Kaji Selidik Pengajuran untuk tindakan tuan mengedarkan kepada semua yang terlibat dan perlu diserahkan kepada alamat sekretariat. 


No comments:

Post a Comment