Tuesday, 29 November 2011
Thursday, 24 November 2011
BORANG DATA-DATA ATLET DAN KEPENGAWAIAN MASISWA
Sukacita dimaklumkan bahawa, Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) sedang membuat pengumpulan data atlet IPTS bagi tujuan rekod dan kaedah yang sistematik di masa akan datang. Kaedah ini juga dapat membantu MASISWA bagi mengentengahkan Atlet yang berkualiti ke peringkat yang lebih tinggi selaras dengan hasrat KPT. Pengumpulan data atlet ini antara lainnya adalah bertujuan untuk memberi satu peluang kepada atlet IPTS untuk bertanding di kejohanan yang lebih besar. Selain itu juga, Pihak MASISWA hendak menilai tahap kepengawaian yang ada pada pegawai, jurulatih, pengurus dan jawatankuasa di IPTS bagi membolehkan Pihak Jawatankuasa Pembangunan dapat meracang Program Kursus Sukan di IPTS. Sebagai langkah awal, bersama ini saya lampirkan Borang Data Atlet, Borang Kepengawaian dan juga Borang Kaji Selidik Pengajuran untuk tindakan tuan mengedarkan kepada semua yang terlibat dan perlu diserahkan kepada alamat sekretariat.
Wednesday, 9 November 2011
Maklumat Kejohanan
Penyertaan
- Kejohanan ini terbuka kepada pelajar sepenuh masa di IPTS yang berdaftar dengan Jabatan Pengajian Tinggi .
- Borang pengesahan penyertaan hendaklah dibuat melalui universiti masing-masing. Pengesahan Penyertaan hanya diterima dan diproses oleh sekretariat pertandingan jika disertai dengan yuran penyertaan sahaja.
Sistem pertandingan
- Pertandingan akan diadakan selama dua hari bermula jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang.
- Hari pertama (Peringkat Awal)
Pasukan dibahagikan kepada kumpulan dan bermain secara sistem liga round- robin
- Hari kedua (Peringkat Kalah Mati)
Semua pasukan akan dipecahkan mengikut ranking keseluruhan selepas pusingan awal.
Penentu ranking akan berdasarkan kepada tatacara berikut;
Ranking ;
1. Mata tertinggi
2. Beza skor
3. Score tertinggi
4. Bolos terendah
5. Try terbanyak
- Penentu pecahan pasukan Rank 1 sehingga Rank 20 adalah mengikut urutan berikut ;
Rank 1 hingga Rank 8 – QF Cup/Plate
Rank 9 hingga Rank 16 – QF Bowl/Shield
Rank 17 hingga Rank 20 - Spoon
- Pasukan akan bersaing secara kalah mati dalam lima divisyen iaitu Cup, Plate, Bowl,
Shield dan Spoon.
Peraturan Kejohanan
- Peraturan kejohanan adalah seperti yang terdapat dalam Undang-undang Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB) yang telah dikuatkuasakan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia.
Kategori Kejohanan
- Kategori Cup,Plate, Bowl, Shield dan Spoon
Yuran
- Yuran penyertaan bagi kejohanan ialah RM 250.00. Bayaran hendaklah secara tunai/cek berpalang atas nama ‘ Majlis Sukan IPTS Malaysia’ No Akaun: 1215 0000 3801 02 (CIMB Islamic Bank)
- Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak disertakan dengan yuran penyertaan.
Hadiah Kejohanan
Divisyen Cup Johan Wang Tunai RM700 + Medal + Piala Pusingan
Naib Johan Wang Tunai RM500 + Medal
Ketiga Medal
Divisyen Plate Johan Medal
Naib Johan Medal
Divisyen Bowl Johan Medal
Naib Johan Medal
Divisyen Shield Johan Medal
Naib Johan Medal
Divisyen Spoon Johan Medal
Naib Johan Medal
Nota: Maklumat lengkap kejohanan boleh lawati www.uni10s.blogspot.com atau boleh menghubungi En. Ruzli Zairazi (019 2299661)/En.Ali Aswan Shaarani (012 3807103)/En. Syazuan (013-3254564)
Keputusan Uniten 10's 2010
Pembahagian Kumpulan
POOL A 1- UNITEN A 2- KPTM Bangi 3- Lim Kok Wing 4- MIAT | POOL B 1- UiTM Penang 2- UNITEN B 3- IPIK 4- MFI-UniKL |
POOL C 1- UIA 2- KLIUC 3- Alumni UNITEN 4- BMI-UniKL | POOL D 1- UPNM 2- Kolej LEGENDA 3- KMB 4- Uniten Muadzam |
Hari Pertama
GROUP A UNITEN A vs. KPTM Bangi 12 – 0 LKW vs. MIAT 0 – 17 UNITEN A vs. LKW 17 – 0 KPTM Bangi vs. MIAT 0 – 17 UNITEN A vs. MIAT 19 – 5 KPTM Bangi vs. LKW 7 – 0 | GROUP B UiTM Penang vs. UNITEN B 19 – 0 IPIK vs. MFI-UniKL 14 – 5 UiTM Penang vs. IPIK 19 - 0 UNITEN B vs. MFI-UniKL 0 – 7 UiTM Penang vs. MFI-UniKL 14 – 0 UNITEN B vs. IPIK 12 – 5 |
GROUP C UIA vs. KLIUC 0 – 33 Alumni UNITEN vs. BMI-UniKL 0 – 14 UIA vs. Alumni UNITEN 0 – 12 KLIUC vs. BMI-UniKL 12 – 0 UIA vs. BMI-UniKL 5 – 14 KLIUC vs. Alumni UNITEN 7 – 5 | GROUP D UPNM vs. LEGENDA 0 – 5 KMB vs. Uniten Muadzam 12 – 5 UPNM vs. KMB 0 – 7 LEGENDA vs. Uniten Muadzam 20 – 0 UPNM vs. Uniten Muadzam 12 – 0 LEGENDA vs. KMB 0 – 12 |
Hari Kedua
Semi Final SHIELD
UNITEN B vs. Uniten Muadzam
0 – 0
22 DG – Uniten Muadzam
LKW vs. UIA
5 – 15
Semi Final BOWL
KPTM Bangi vs. Alumni UNITEN
7 – 5
IPIK vs. KMB
0 – 7
Quarter Final for PLATE and CUP
UiTM Penang vs. MFI-UniKL
10 – 0
KLIUC vs. BMI-UniKL
0 – 0
22 DG – KLIUC
Uniten A vs. Legenda
10 – 5
MIAT vs. UPNM
20 – 0
Semi Final PLATE
MFI-UniKL vs. Legenda
7 – 0
UPNM vs. BMI-UniKL
7 - 12
Semi Final CUP
UiTM Penang vs. Uniten A
0 – 0
22 DG – Uniten A
KLIUC vs. MIAT
17 - 0
Keputusan Akhir
Final Shield
UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah vs. International Islamic University Malaysia (IIUM)
14-5
Final Bowl
Kolej Poly-Tech Mara Bangi (KPTM Bangi) vs. Kolej Mara Banting (KMB)
0-24
Final Plate
Malaysian France Institute, UniKL (MFI) vs. British Malaysian Institute, UniKL (BMI)
7-0
Final Cup
7-7
*KLIUC berjaya pada sepakan penalti yang pertama (3 markah) manakala Uniten Putrajaya tidak berjaya pada sepakan penalti yang pertama.
3-0
Pemenang adalah KLIUC.
Ringkasan Uniten 10's 2010
Pada 23 Januari 2010, bertempat di Stadium UNITEN Putrajaya telah berlangsung Kejohanan Ragbi UNITEN 10’s. Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Ragbi UNITEN (THUNDERS) sendiri dimana melibatkan Institut Pengajian Tinggi dari 16 Institut termasuk UNITEN Putrajaya iaitu; Universiti Tenaga Nasional Putrajaya dan Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Limkokwing University Of Creative Technology, Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC), Kolej Poly-Tech Mara, Bangi, Kolej Legenda, Malaysian Institute Aviation Technology (MIAT), Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kolej Mara Banting, British Malaysian Institute – Universiti Kuala Lumpur (BMI), Malaysian France Institute (MFI), Institute Pendidikan Guru Malaysia Ilmu Khas (IPIK), Alumni UNITEN. Kejohanan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan pegawai, pelajar-pelajar dengan pelajar-pelajar dari institut yang terlibat.
Kelab Shutters (Kelab yang berkaitan dengan fotografi di UNITEN Putrajaya) juga ada membuka booth dan mendapat sambutan hangat dalam jualan mereka. Pemain membeli gambar aksi-aksi menarik semasa berlawan di padang.
Perlawanan merebut Kategori Cup antara Pasukan UNITEN A dan Pasukan dari KLIUC sungguh sengit dan akhirnya UNITEN A kalah pada tendangan penalti yang pertama. Pasukan Alumni UNITEN pula adalah pasukan jemputan pada kejohanan ini. Kelihatan mereka benar-benar menikmati saat-saat di padang. Keseronokan menonton mereka berlawan berakhir apabila mereka hanya berjaya sehingga ke Semi-Final Bowl sahaja. Pasukan Ragbi dari Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang telah mendapat ranking yang pertama dalam perlawanan hari pertama (Sabtu) atas usaha mereka dan kepantasan mereka yang tiada tandingan. Tetapi mereka hanya bermain sehingga ke Semi-Final Cup sahaja.
Pihak VIP dari Universiti Tenaga Nasional ialah Dr. Mohamed Nasser bin Mohamed Noor (Timbalan Naib Canselor HEP, Alumni & Pengurusan), Tn. Haji Ariffin b. Mohamed Yusof (Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar) dan En. Ruzli Zairazi (Pengurus Unit Sukan & Kebudayaan) telah menghadirkan diri menonton kejohanan ini.
Perlawanan pada hari pertama bermula pada pukul 9 pagi dan berhenti rehat pada pukul 12:45 tengahari. Tamat pada pukul 5 petang. Perlawanan hari kedua pula bermula pada pukul 9 pagi dan berhenti rehat pada pukul 12:30 tengahari. Tamat pada pukul 5 petang.
![]() Gambar Tn. Haji Ariffin b. Mohamed Yusof membuka upacara Kejohanan Ragbi UNITEN 10’s iaitu dengan menendang bola ragbi ke udara. |
![]() | ||
Saat Tn. Haji Ariffin b. Mohamed Yusof bersalam dengan pemain-pemain Kejohanan Ragbi UNITEN 10’s.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)